
KLINIK HAJI RAZALI & X-RAY
Klinik ini ditubuhkan pada tahun 1999 di Pekan Melor, Kota Bharu, Kelantan oleh Dr. Haji Razali bin Haji Hamzah, seorang pengamal perubatan berkelulusan Ijazah Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dengan pengalaman hampir 40 tahun dalam bidang perubatan, meliputi hospital kerajaan serta klinik kerajaan dan swasta, kami komited memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit, khususnya di negeri Kelantan. Pasukan doktor kami yang berpengalaman dalam pelbagai bidang perubatan sentiasa bersedia untuk menerima, menilai, dan membantu menyelesaikan masalah kesihatan anda.
Klinik ini turut dilengkapi peralatan perubatan berteknologi canggih dan moden, serta disokong oleh staf klinik yang berkemahiran dan berpengalaman bagi memastikan rawatan diberikan dengan cekap, selesa, dan selamat.
Kami menitikberatkan kualiti perkhidmatan, komunikasi yang jelas, dan keperluan setiap pesakit supaya anda menerima penjagaan yang terbaik pada setiap kunjungan.
Lokasi
KLINIK HAJI RAZALI & X-RAY
PT 361 Kompleks Niaga Melor,
16400 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 014 – 631 6666 / 09 – 783 7666
Email : klinikhjraz@gmail.com
Kami boleh dihubungi melalui borang berikut;

