Go to content

Doktor & Staf - KHRX

Skip menu
Lawyer

DOKTOR & STAF

Klinik Haji Razali & X-ray disokong oleh dua (2) orang doktor yang berpengalaman dalam pelbagai bidang perubatan, merangkumi perkhidmatan di hospital dan klinik kerajaan serta sektor perubatan swasta.

Selain itu, operasi klinik turut dibantu oleh tujuh (7) orang staf terlatih yang terdiri daripada pembantu pegawai perubatan, jururawat, juruteknologi X-ray, serta pembantu klinik bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berjalan lancar, cekap dan profesional.





DR HAJI RAZALI BIN HAJI HAMZAH

Dr. Haji Razali bin Haji Hamzah berkelulusan Ijazah Doktor Perubatan (MD) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dengan pengalaman 40 tahun dalam bidang perubatan di hospital dan klinik kerajaan serta swasta, beliau mengasaskan Klinik Haji Razali pada tahun 1999 di Melor, Kelantan.

Beliau juga pernah berkhidmat di hospital kerajaan dan swasta dalam pelbagai disiplin perubatan di Terengganu dan Kelantan. Di samping itu, beliau memiliki Postgraduate Certificate dalam Primary Care Dermatology (2018) (AFPM, IOD Bangkok) yang diperoleh melalui Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia.



DR RASYIQAH BINTI HAJI RAZALI

Dr. Rasyiqah binti Haji Razali berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) daripada Universiti Kolej Sains Perubatan Cyberjaya.

Beliau mempunyai pengalaman klinikal selama dua (2) tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan seterusnya meneruskan perkhidmatan selama tiga (3) tahun di Hospital Jelebu.


Lokasi
KLINIK HAJI RAZALI & X-RAY
PT 361 Kompleks Niaga Melor,
16400 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 014 – 631 6666 / 09 – 783 7666
Email : klinikhjraz@gmail.com
Kami boleh dihubungi melalui borang berikut;






KLINIK HAJI RAZALI & X-RAY
PT 361 Kompleks Niaga Melor,
16400 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 014 – 631 6666 / 09 – 783 7666
Email : klinikhjraz@gmail.com

Dikemaskini : 13 Januari 2026
eshi2u.com
Back to content