Doktor & Staf | Klinik Haji Razali & X-Ray

Go to content

Main menu:

Doktor & Staf

Klinik Haji Razali & X-Ray dan Klinik Haji Razali 24 Jam mempunyai 5 orang doktor berpengalaman dalam pelbagai bidang perubatan di hospital & klinik kerajaan dan dalam bidang perubatan swasta. Disamping itu, klinik ini juga dibantu oleh 13 orang staf terlatih terdiri daripada pembantu pegawai perubatan, jururawat, juru X-Ray, serta pembantu-pembatu klinik yang terlatih.

**************************************************************************************************

DR HAJI RAZALI BIN HAJI HAMZAH
berkelulusan ijazah Doktor Perubatan (MD) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dengan 30 tahun pengalaman dalam bidang perubatan di hospital dan klinik kerajaan serta swasta, Dr Hj Razali mengasaskan Klinik Haji Razali pada tahun 1999 di Melor, Kelantan. Beliau pernah berkhidmat dengan hospital kerajaan dan swasta dalam pelbagai bidang perubatan di Terengganu dan Kelantan.

DR NURUL AIN BINTI HAJI RAZALI
berkelulusan ijazah Doktor Perubatan (MD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau berpengalaman selama hampir 5 tahun dalam bidang perubatan dengan kerajaan di negeri Terengganu dan Kelantan samada di Hospital mahupun Klinik Kesihatan. Dr Nurul Ain mempunyai Diploma dalam bidang Aesthetic Medicine daripada American Academy of Aesthetic Medicine.

DR MUHAMMAD FALIQ BIN MOHD NAIS
berkelulusan ijazah Doktor Perubatan (MD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau telah berkhidmat dengan kerajaan di Hospital dan Klinik Kesihatan kerajaan selama hampir 5 tahun sebelum meletakkan jawatan sebagai Pegawai Perubatan.

DR FATTAH RAHIMAN BIN GHAZALI
berkelulusan ijazah Doktor Perubatan & Pembedahan (MBBS) daripada Universiti Malaya (UM). Beliau telah berkhidmat di Hospital dan Klinik Kesihatan kerajaan selama hampir 5 tahun dalam pelbagai bidang perubatan sebelum berkhidmat dalam bidang perubatan di Klinik perubatan swasta.

DR MD RIDWAN BIN ZAKARIA
berkelulusan ijazah Doktor Perubatan (MD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau telah berkhidmat selama hampir 5 tahun dengan kerajaan di Hospital dan Klinik Kesihatan kerajaan sebelum menceburi bidang perubatan dengan Klinik Swasta.



 
 
Back to content | Back to main menu